Sunday, July 31, 2011

ADAB BERPUASA

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah: 

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia; 

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal; 

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei) 

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim); 

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai; 

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan. 

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya. 

Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi) 

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa; 

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat; 

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim); 

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah) 

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. 
Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. 

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei) 

Oleh NAZMI AIDARUS.  Iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Terengganu. 

FADHILAT BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 

BIOGRAFI
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 


FOKUS RAMADHAN : Bulan barakah , rahmat dan kebahagiaan

Ramadhan adalah bulan barakah, rahmat, dan kebahagiaan. Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya berikutan banyaknya kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalamnya. Ia merupakan bulan yang dihormati di masa jahiliyah, dan semakin dihormati dan dimuliakan ketika Islam datang. Pada bulan ini Allah Subha Nahu Wa Taala menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kita mengenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadhan sebelum menemuinya. 

Allah Subha Nahu Wa Taala menjadikan bulan ini sebagai bulan yang agung, memberikan keistimewaan yang banyak sekali kepadanya, serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus. Pada bulan itu, seorang Muslim mencurahkan sebahagian besar perhatiannya kepada Allah Subha Nahu Wa Taala, hari Akhirat dan peningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan ruhani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk mengadap yang Maha Esa, memohon pertolongan daripada Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, dan menjalin hubungan dengan Al-Mala’ul A’la. Ia adalah bulan yang mempunyai penuh keistemewaan. “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kalian hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah:185)

Ada penarik perhatian yang indah dan kenikmatan yang luar biasa, iaitu apabila dihubungkan kandungan ayat ini dengan ayat yang lain. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Hakikat agung yang terkandung di dalamnya ialah bahawa Allah Subha Nahu Wa Taala mendorong kita untuk bermunajat dan memohon kepadaNya pada saat jiwa dalam keadaan paling dekat dengan Rabb-Nya. “Agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah:186)

Bulan Ramadhan ialah bulan permohonan, munajat, hidayah, dan petunjuk kebenaran. Hendaklah orang yang berpuasa mengemblengkan diri di dalamnya dan menjauhkannya daripada urusan material, agar kemanusiaannya meningkat dan bersambung dengan Rabb-nya.

Banyak hadis yang menyeru manusia agar memperhatikan keutamaan bulan ini, ketinggian kedudukannya, kemuliaan hari-harinya, dan besarnya nilai taubat di dalamnya, sehingga memacu kaum Muslimin untuk menyiapkan diri menjumpainya serta menyedari bahawa perniagaaan di dalamnya pasti mendatangkan keuntungan. Waktu-waktu yang akan berlalu di dalamnya sangat-sangat berharga, dan kesempatan yang ada merupakan kesempatan emas. “Wahai pencuri kejahatan berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan kemarilah!”

Hendaklah anda benar-benar berusaha agar tidak ada waktu yang berlalu tanpa amal soleh. Jika anda lalai, hendaklah kalian segera menyedari kelalaian anda. Terapi atas kelengahan adalah ingat-mengingati, introspeksi diri, dan sentiasa menjalin hubungan dengan Allah Subha Nahu Wa Taala. “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila ditimpa was-was daripada syaitan, mereka ingat akan Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al-A’raf:201)

Apabila syaitan berhasil menimpakan kelalaian pada hati kita dan menjauhkan kita daripada sebahagian kebaikan, maka hendaklah kita lebih serius dalam perjalanan, mengerahkan segenap upaya, dan mengadap kepada Allah Subha Nahu Wa Taala. “Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya.” (Asy-Syura:25)

Hendaklah manusia melakukan persiapan dengan sentiasa bertaubat, memohon ampun, dan meninjau lembaran-lembaran masa lalu. Apabila kita mendapati kebaikan, kita memuji Allah Subha Nahu Wa Taala, dan apabila kita mendapati keburukan, kita meninggalkannya seraya bertaubat kepada-Nya.

Jika di dalam sehari, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bertaubat seratus kali, sedangkan sebagaimana anda tahu, Allah Subha Nahu Wa Taala telah mengampuni segala dosa baginda yang telah lalu maupun yang akan datang, maka bagaimana pendapat anda tentang orang yang diliputi oleh perbuatan maksiat dari segala penjuru serta tenggelam dalam kesenangan dan syahwatnya. Maka kewajiban kita adalah memperbanyak istighfar apalagi kita berada dalam bulan suci. 

Kita mengadap kepada Allah Subha Nahu Wa Taala dengan keimanan sempurna dan keikhlasan yang tulus, seraya memohon agar Dia memberi kita kemampuan untuk menempuh sebab-sebab. “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menutupi kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (At-Tahrim:8)
Maka, mulai sekarang, hendaklah anda bersungguh-sungguh menyucikan diri dari kotoran-kotoran dosa dan maksiat, kerana anda semua menghadapi kedatangan bulan Ramadhan. Karunia Allah Subha Nahu Wa Taala pada bulan Ramadhan lebih luas daripada waktu lain. Maka, persiapkan diri anda semua untuk menghadapi kewajipan agung ini dengan mengingatkan diri tentang keutamaan bulan ini dan mempersiapkan diri untuk beramal.

Berusahalah agar anda mempunyai amalan yang tidak anda tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan. Bersemangatlah dalam melaksanakan sembahyang terawih.salah satu sunnah muakkadah serta syiar dan kekhususan bulan Ramadhan Sembahyang terawih merupakan . Ia adalah wadah tempat hati seorang Muslim berhubung dengan Tuhannya dan Kitabullah. Jumlah rakaat dalam sembahyang terawikh adalah lapan, itulah yang dilaksanakan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Boleh juga dilakukan dua puluh rakaat, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Umar r.a.  Ada pula yang melaksanakan tiga puluh enam rakaat, dan ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh penduduk Madinah. Masing-masing mempunyai dasar daripada sunnah.


untuk kebaikan bersama. Insya-Allah.


TIPS MENYAMBUT RAMADHAN

Bismillahirrahmanirahim..

Ramadhan yang penuh kelimpahan kebaikan dan keutamaan, akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik. Bayangkan, para generasi awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan Ramadhan. Bila Ramadhan tiba, mereka sungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.


Bagaimana menyambut bulan Ramadhan? Berikut  “8 Tips Menyambut Ramadhan”:

 1 Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

 2 Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. 

 3 Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

 4 Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

 5 Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

 6 Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

 7 Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

 8 Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” 

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbana. Allahu a’lam.

[Adaptasi dari tulisan Ulis Tofa, Lc, di dakwatuna.com]

Corat-coret ABES EXAM MID-SEM 1 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah. dh settle kmas 90%.
Penat btul hari ni, sakan shoping.. Hehe.
Bkn ak je.. Tp, ap kurangye dgn org kt sana tu.. (Amir Ridwan)..
Dpt2 gaji. ha, amik ko seribu abes!!!! Eishh.... 
* xpe, suka hati awk la....
Ok.. Crite psal ak.hehe
Hari ni, agak sakan la bjalan2..
Seronok... Tp, lg seronok klu ak pkai sneakers! Haish. lenguh kaki beb 12 jam jln dgn wdges ituh.. 
1. Jumpa dgn salah seorg kwn terbaik dlm hdup ni!
Anis Farah Syafiqah Ab Razak..
Yg bcuti.. Stdy Medic di Moscow... Seronok sgt jmpa dia!!
Mle2 saspen la weyh.. Tp, pastu. Alhamdulillah. Evrythng is just fine. Takut pn bknye ap.. Tkut xde bnda nk ckp.. xde bnda nk share.. Tp, rupaye td.. Mcm2 btul yg disembgkn.. Rindu yer kt dia.....
Shes very nice.n still, hepi-go-lucky. Insya-Allah..
Rsa syg, sbb xde duit nk blnja lbey2.. So, ak blnja mknan yg ak pling suka. Guess what??? 
GCB McD la!!!! hehe...
Pastu, ktorg lepak2 di MPH.. n then bpisah kt KL Sentral. Agk sebak la ktika itu..
Sy mendoakn awk yg terbaik.. dhla bru dpt tau, ligament dia pnah koyak... isk2..
Anis Farah Syafiqah, if u read this post. I want u to noe.. i appreciate u so much in my life!! Thnks jd sahabat sy..
Moga kte sme2 bjaya dan x lost contact.. Insya-Allah.. Mmuah!

ok, next..

2. Well, kt McD dpn GSC tu jmpa la si Adira Rosli. kwn baik sy jugak! Hehe.
What a coincidence.. Eby ngn Dira tu dlu kwn time sek rendh... Jejak kasih beb!! hehe.
Time tu, klu bley pn nk lepak ngn Dira.. Tp, xpe la.. rumate dia ad.. Gpn, i need to go after my rumate plak.hehe..

3. Pas bpisah ngn Eby, g la jln sorg2.. Tau x ke mana..??? Naik monorel ke Imbi la..
BERJAYA TIMES SQUARE. oh yeayy!! tp, tidak2..
Time tu sbnrye dh pk. Nk g tgok Harry Potter dlu ke, atau g lepak ngn rumate kt Low Yatt..
Pening2.. xdpt hidayah. Then, kol Dira..
Then.. mseh xdpt.Last2.. gerak je la gi LOW YATT..
OMG. I miss Amir a lot.. tigt time dia dtg KL dlu.. n ktorg tsalah msuk building.. 
haishh. Miss u..

4. Kt LOW YATT PLAZA.. Ak pn mncari2 rumate2 tsyg.. Then, dh jumpa.. nisa tgh mncari2 mgusha fon nk beli utk bapa dia.. VIVAS comel la.. 580 ok kn..? jeles seyh.. tp xpe. ak cm bminat ngn SAMSUNG la skang...
Pastu, Husna cm nk blah la.. sbab dia nk beli hard disk utk mak dia.. (Peh.. bru prasan.. sume beli utk parents.. haha.. tp bkn prcuma la...) ak pn tman la husna.. finali, dpt 1TB Toshiba. RM288.. Ceh.. jeles..
Jeles lg.... Ak plak,? Beli charger laptop... terbaik kot... RM50 jer..
Ak kt melaka cri smpai rm150.. rm 120.. even pling murah.. kt pahang, husna kt dlm 70.. ad jga jmpa 80 lbey.. Syukur. tgerak nk taye kt kdai tu.. Dpt la.. RM55.. pastu, minta krg.. dpt RM50. Alhamdulillah!!!

5. Igtkn nk beli DIGI EASY tau.. tp, xde bdget la.. RM16.80.. pastu kna reload RM8.. dh la ad expiry.. Ntah la.. Tp, yg best. PANGGILAN PERCUMA KEPADA 3 BUDDYZ DARI JAM 12PAGI hingga 8.01MALAM. Terbaik la...!
Nah. buka link ni klu bminat =)

6. Ap lg eh..? Ok. Then, ak dan husna, gerak g TIMES SQUARE. Finally.. Jln2.. Ad la beli2 sikit.. Ye ke..? xkot.. Time ni ak mmg dh bosan sgt.. sbb acik pk HARRY POTTER. Haishh.. Pastu, ak mmg byk duk je la ble ad chance.hehe.. Malas la nk cter sgt.. Nk cter pe ye..? Fham2 je la.. Msuk kdai S&J beli earfon diskaun 70%.. hehe.. dhtu, xtau bpe byk kdai bju,kasut.. CD.. yg ak msuk.. xtau bpe tgkat escalator naik trun.hehe. Tp, beliye xpun.. hehe. xbkenan.. n ad satu je yg ak btul2 nk.. ti la, ak tnjuk k dress tuh.. =)

7. Stret, gerak ke MID VALLEY SEMULA. Haha. N, ap lg.. trus bgegas ke GSC, nk tgok Harry Potter.. Tau x, ni mmg pling frust skali la.. n, nk cter pn malas... Ni lg dhsyat kesah ye drpd Eclipse dlu.. sabo je la.. dtg2, ak trus queue. tp, time tu tgok 6.15pm dh selling fast.. ble msuk queue trus SOLD OUT. xpe2.. aim 7.15pm plak.. tgok2 SOLD OUT jgak.. Wah.. frust gle.. Mka sdeyh, kuar queue rsa nk nges je.. Pastu, tggu husna, sbb dia g McD.. Ckp ngn dia, pastu dia kte nk tgok gk.. Stret ak cm lega skit.n ajak dia msuk queue.. Byg la kn weyh.? queue tu.. Captain America sold out dh.. even yg 10.30pm walhal bru kul 6.. dh tu, Harry Potter Part 2 pling awal yg tggal 9pm. Tp, pe kjadahye? dhla ktorg kna blek UIA bfore 10pm. Tp,l itu pn dh selling fast.. Nk tgok cter Hanna, Love pe ntah.. sume pakat selling fast je.. panas btul.. skrin pn tggal dpn2 je.. Waduh.. last2 tgok cter TAKE ME HOME TONIGHT. Ok la.. suam2.. hehe.. klu dia krgkn bbrapa part lg okeh. Tp, beli jgak HARRY POTTER PART 2. tgok esok!! Hahaaa...
Tp, seat pn agk ke dpn la... Bnci la.. Amik yg pling awal kul 11pg tggl area2 front row.. Kul 1.45pm lg penuh.. Peh..
So, conclusion. Harry Potter Part 2, msti HOT! Nk tgok besok. Oh yeayy!!! Insya-Allah...

8. shopping di Carrefour...Stok Koko Krunch, jacob's Cream Cracker.. fruit Plus.. Love Letter dsbgiye terisi kmbali. suka2!! dan kini, sy btukar kpd GARNIER... =)

9. Bank-in duit topup.. Thnks amir.. npe? sbb dia la yg jg org tgh, org yg knalkn ak dgn bsnes ni.hehe

10. Tamat. penat. Nk SS~ Super Savers dgn Amir. hehe.

sekian.. Terima kaseh.haha.
Syukur Alhamdulillah.

(^-^)

Friday, July 29, 2011

RAMADHAN is coming.......... Bersedia kah AKU?

Assalamualaikum.
Ok, only a short post.
Sbb kna study weyh..! Esok exam 8.30pg..
Hooray! Pastu, trus nk kuar. Insya-Allah.

Baik. Back-to topic.
Bersedia kah?
Bulan Ramadhan ni la bln KITA.
Kna mggunakn spenuh2ye peluang utk manfaat duniawi dan ukrawi.
Insya-Allah..

Tp, cm xsmpat nk prepare pape..

Msti cm korg pelik kn.? Nk prepare ap yer...??

MESTI la weyh.
Hati ni kna ikhlaskn sebaik mgkin..
Fikiran kna sbersih mgkin.
amal ssempurna yg mgkin..
Haish..
Xpe2. Insya-Allah. Pasni, msa lapang trus nk cri artikel2 Ramadhn. Sekian..


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..!!!


AWAK ; New ROUTINE okeh?!

Assalamualaikum..
Hm. Sbnrye, xde mud dh ni. Ngajuk ngn AWAK!

Tp, xpe. Sperti yg di jnjikn smlm.. Ni dia entri khas utk AWAK!

1. Rsa ye, elok la dri skang, AWAk set TIMING awk. Biological clock tu bg betul sikit. Yela, ti dh nk msuk dgree. Mak xde dh nk kejut.. Xkn acik2 nk subuh kt hjung waktu btol x..? So, dri skang. Cuba bngun stiap hri kul 6.15pg ke..??
Org kta, klu amaln tu bterusan 44hari.. Insya-allah.. ley jd habit. Cuba la!
2. Mle la, mkn sarapan pagi. Sarapan pagi yg bkhasiat. Sarapan pg yg wktu pg.. Bkn dh nk msuk tgh hari.Haha. Ckp org, ak ni mmg xmkn breakfast.. Dh bgn pn kul bpe..? Ceh!  Tp, xpe. Mmndgkn dh xde pape nk uat. Ha, buat la yer..
3. Pergi la work-out bdn tu!!! Jogging pg2.. Bru sihat dan semart.. 
4. Jgn mkn mknan supper yg berat. Tau x, klu acik mkn mknan berat wktu mlm2.. Especiali after kul 12.. bkn gemuk je, tp. tu la salah satu punca SUSAH NAK BANGUN TIDO. Eish..eish..eish..
5. Pastu, boleh la merajinkn diri kemas umah.. Berlatih jd SUAMI MITHALI.haha.

SESI PAGI TAMAT.

ok, sambung... 

6. Sila la merajinkn diri, tgok course outline.. n prepare stdy la sikit2...?
7. Rajin2 membaca.. newspaper.. current issue ke... ATAU
8. Baca la novel. Ha, jd romantik sikit.!! Xpn, sila la bka TERFAKTAB : Definisi Cinta Infiniti..
Blog ksygn ak..
9. Boleh la mrajinkn diri dgn ibadat2 sunat.. Contoh : 9pg, ley uat Dhuha.. After Mgrib uat Hajat.. Pas Isya, uat Witir.
Lg2 nk bln puasa ni.. Masya-Allah.. Mmg terbaik la!! Ikhlaskn diri utk solat. dan percaya bhawa kbaikn solat itu Masyhuukk.. dunia akhirat.. Insya-Allah..
10. Jadi la diri AWAK. xkesah!


Hm. sbnrye, dlm keadaan yg ngajuk. Xde mud la nk romantik2 ni.. Huh...
Myampah je rasa. Tp, xpe. Xpe.
G la tgok BOLA. Bola tu penting sgt kn..??
Menyampah.

p/s : Zati ngajuk sbb Amir tgok bola dan reply msg sgt lmbat.
dan tiada usaha memujuk yg agresif.Hehe.

*N, klu ak xngajuk... ak akn minta si AWAK ini...

- Menemani sy siang dan mlm...
- Menghadiahkn sy, cukup dgn satu kata2 indah atau quotes.. Xpayah kuar duit pn.. 
Setakat setengah sen 1 sms pn susah ke,?
- Memberi sy SEPENUH-PENUH perhatian
- Super Saver dua hari skali.. Klu setiap hari kang xbest plak.. Tp, MODAL citer ak byk ap.? hehe.
- Weekend..... Nk SS slalu.. Miss u a lot!! Lg2 ble, kwn2 len sume kuar tau..
AWAK tuh...
-Sila tegur ble ad bnda yg AWAk tak suka, tp sy degil nk uat.. xkn xfhm lg. I want ur attention la ngoi.huh

Maaf. Sekian..


Thursday, July 28, 2011

Delightful ~GCB~

Salam... Hola!
Eyh. Lega sgt. Alhamdulillah.. Mood dh beransur pulih, xde la moody lg a.k.a cm MUD. haha

Korg tau x ni ap..??


Xkln la xtau. Org asli tu ha kt ceruk pedalaman pn tau..
haishh.. beli burger utk supper, tp x lalu sgt la..

MAHU itu GCB...
Peh! Terbaik...


Amacam.. Anyone..??? Nk belanja..?? Hehe..
Xpe la.
Sabtu ni, Harry Potter Part 2 ngn GCB.. pehh...
Hehe...

Sekian....

mahu study Chem2. Insya-Allah


Wednesday, July 27, 2011

TAK TAU NAK BUAT APA.

Bismillah. salam..
Heishh. tgok post pn dh tau la kn..
Mmg tak tau nk uat ap.. Seriusli.
Xdpt hidayah la ni agakyer..

sbnrye, byk keje nk uat.. tp, ketenangan hati tu xde. Masya-Allah.
Jd, dri trus merungsingkn diri. Ad baik ye la, meluahkn di sini..
Mudah2an ad ketenangn sikit..
(Slaluye rsa lega lpas menaip..)

Kenapa eh? Mari kita brainstorm..??
Wah.. dh rupa cm PC-Programme Coordinator la plak...

MASALAH :
1. xtau nk uat ap... xbsmgt lgsung
2. xde mud
3. malas
4. sakit kepala,,, rsa nk tdo jer..

PERKARA YANG BOLEH/MESTI BUAT :
1. Gi cari nama bebdk athletics.
2. Siapkn report meeting kali ni
3. Teman Nabila uat annoucement?
4. Study chem- physical chems
5. Uat tuto chems
6. Study utk exam BTQ
7. Kemas rak buku?
8. Update evony Amir?
9. Basuh baju????

So, ap cer ni eh..?? Byk benda yang nak kena buat, tp ak yg avoid nak buat. Haishh..
Jd, ap cer..?? Cer citer,cer citer.. Hehe.

CONCLUSION :
1. Tarik nafas.... Kira dengan tenang
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10........
2. Berdoa. Moga Allah beri kekuatan dan ketenangan hati....
3. Optimis.. Optimis.. Yeayyy...........................
(menceriakan hati.. terpaksa.. terpaksa..)
4. Jom buat report, sambil nyanyi n tgok quotes!! Oh yes. Brilliant.

Ok, feels much better.
Dhla Amir tgok Harry Potter Part 2. Sdeh2.. Isk2.. 
Nseb bek dia tgok sorg2.... Klu ad pmpuan lain sblah dia..?
Siaplah!!!! Haha.

kisah Hari Ini.

Assalamualaikum. Okeh. Ak GILA. sbb dh lbey 6jam dpn laptop. Haishh....
Mcm2 la uat.. sakan noh ko zati. LUPA BETUL TGGJAWAB ANDA SBGAI STDENT.
Astaghfirullah..

Ok. Papepn, hari ni. Ak berjaya..

1. Mengupdate blog, oh yea!! Suka2. Love2.. Red.. Blue jgak..
dan yg pling pnting, playlist bru okeh..
Bknye bmkna ak dh xsuka.cme nk la fresh air plak...
Lagu pilihan : G.na- I'll Back off so you can live better
Bruno mars- Talking to the Moon
U-Kiss- 0330
Terbaik weyhhhh!!!!!

2. Singing. Haha. mnjenguk avenged Sevenfold, Secondhand serenade dan bbrapa artis len... Thnks to YouTube,
dan x lpe. MIXPOD player.. hehe....

3. Mgushaa... lirik2 lagu. Terbaik la.. Bru ad feel uat 'konsert' time study.haha..
Credit to- Nisa. yg slalu sabar. Syaza- yg slalu nk join konsert. Husna- xdpt tido.hehe

4. Sekali Lagi.Movie.Tp bru tgok spruh.. Tau x? Ala.. citer trbaru Shaheizy Sam ngn Lisa Surihani tu. Yg Mia Sarah, si kecil pujaan KORG tu ad jgak...
Aiseyh.. ak nges dowh,. walhal bru sparuh.. (xabes download)
ak mmg xley la,, bab2 psgn muda bcinta dan kna pisah.. Seriusli. sensitiPP
Igt lg, kesah Lagenda Budak Setan. Terbaik!! Ak baca novel tau. ada 5 siri.. So,
korg xpayah bdget bgus la klu bru bca satu buku nk tnjuk lagak.
(eh?ap kaitan.)

5. Ap lg ak uat ni..? Makan. Oh ye... Thnks Nor Adira Bt Rosli. Pekena roti john uat supper mmg sodapp..
Lg2... org tsyg bg.hehe. Thnks tau!!

6. Cukup la.. Ak dh mmg gle okeh?. Btw. Thnks AlexiaAqram. Korg dh bwa satu dimensi bru dlm pmikirn ak..
Malu la plak pasni nk berblog lg.. Tp, apkah daya.. Ini la ak..
So, uat AlexiaAqram.Please. Stick together to the end.hehe

7. Utk my syg ak, Amir Ridwan. Sila la stop mkn berat di tgh mlm. Kte nk work out..?? hehe
n, im waiting for ur 'Super Saver'...
Miss u a lot...... Sori. Slalu susahkn.. But. i love it! , i love u!

8. Sekian.... utk hari ni...


Oh.tidak. bkn stakat itu shja. JOM.

For the rest of this week??..
Rabu - Lab Chem, Tuto Chem, Study Chem chaptr baru= Chem's Day
Khamis - Kelas fizik, chem. Mlm, segera update. hafal surah2 utk exam BTQ
Jumaat - BTQ's day. REVISION hbes2an.
Sabtu - Exam BTQ. Low Yatt... Times Square.. hehe
AHAd - Masjid Jamek, Jln TAR, Sogo,@ Harry Potter Part 2.
xkira. Harry Potter nk tgok kt wayang gk.... hehe.

So, out dlu.
Selamat istirehat.
Selamat bertaubat.
Moga hari esok lbey baik dari hari ni.
Jgn lpe bca matsurat! hehe 

Sekian....

Wasalam...


Tuesday, July 26, 2011

Miss~ Avenged Sevenfold

Oh yea...
Xtgok movie.. But im singing all along.. hehe..
Bkn Secondhand Serenade ngn bruno mars.. Tp, Avenged Sevenfold...
Lme sgguh xmlayan.... hehe.
Utk mkluman. Ak mmg xlayan r video2 ni.. kang lgu best, tp spoiled ngn klip ntah pape2..
Tp,td. Safe. N, so sweet.. Ecehs!


Td, cm besa la.. mlyn lgu kesukaan BETA..
Seize the Day..... n, honestli. After bertahun2 dgr.. Ni, first time tgok klip video dia.
Ironi x?? Haha..

Seize the day- Avenged Sevenfold

Btw, saja nk bgtau. Lagu ni, SMS alert utk AMIR RIDWAN dlm fon ak.. Hehe..

Love.

Catch You~ Secondhand Serenade

Wah.. ap cer ni zati..?? G mandi la weyh!! Buchuk... Hehe.
Tp, xley nk move on dri lappy la.. Lagha btol..
Nk uat cmne.. It feels great after a while not updating and favouring anythng.hehe.

Ok2.. Secondhand Serenade~

Tau x ap dia ni..?? Well. A singer.
Absolutely, charming voice with significant lyrics..
Mle2, lyn sgt lagu Fall For You..
Almaklumla.. tgh brcinta-cintun ngn si Amir.hehe.
n, kbtulan.. dpt tau. Dia dedicate lgu tu khas utk WIFE dia. OMG.
Sweet gle...!!!! Hehe.

Lately ni, lgu yg ak pling lyn slen Falling For You and Your Call yg dh bzaman2 tu ialah..
SOMETHING MORE.
Yes.definitely. Mmg 'something more'..
Try la dgr, okeh.??

Something More by Secondhand Serenade


Ok. Dgr tau.. Dgr tau.... N, ni link Official SECONDHAND SERENADE (sila klik)


Kisah KEMATANGAN kau.

Oh yea. Alhamdulillah. 
Plan nk mgupgrade blog berjaya. Amacm, ok x..??
Hm. sbnrye.. mcm2 sgt yg ad td.. Smpai rambang mata gua beb.haha..
bergua2 plak. Gua Musang ap..? hehe.

Jd, ini la dia.. Versi AKU KONPI yg baru!
Tp, masih bertemakn yg sme... Cme description tu beza sikit r.. Yela.. Back to the origin.
Ak guna AKU KONPI ni pn sbab ak yg KONPIden dan KONPIus.. Ok.

Kisah kematangan kau ni, sbnrye ak nk tulis based on 3P.
Pengetahuan, Pengalaman dan Pemerhatian ak.
Xde la ilmiah sgt okeh. Cuma sje je la..

UNGKAPAN org yg budget dh MATANG la ni..
- Ak rasa ak matang dh skang, kn ak dh jarang bercakap..
- Ak kurang gelak skang, matang x??
- Ak slalu pk masa depan ak...
- Ak dah jarang buang masa depan facebook?
Dan sebagainya.......

TAPI. Matang betul ke..??

Well. Meh ak bg definisi MATANG.

Ni dia, dari internat : 
Perkembangan seseorang yg terlihat dr adanya perasaan penilaian diri dan adanya kemampuan untuk membawakan diri secara wajar dl kelompok atau lingkungan sosial yg berbeza.
Menurut ak, 
MATANG tu adalah satu kondisi di mana korg mampu mengawal kehendak dan memenuhi keperluan korg dgn baik. Ha, ad paham..?? Senang citer. Korg cukup BIJAk buat keputusan. BERANI terima risiko..

JADI.
Klu setakat nk kata, matang sbb xbcakap. Tlg la weyh.. Budget sikit boleh..?? Cehh.
Sbnrye, xde la ak nk BOIKOT spe2 yg slalu sgt eksploit diri dia kte dia matang.. Cuma, ak jd TAK SUKA la.. Ble org yg ak syg, mle la mgabaikn ak sikit. Hehe. 
~ Tujuan utama... Tajuk kali ni... ~

Ok2. Matang. Marilah kte bsama2 jd matang okeh.? Dlm relationship ni, bila kematangan tu ad. Kurang la kn isu2 remeh-temeh ni.. jeles xtntu pasal..? Kisah nk break-sambung.. Dugaan2 yg sgala bagai lg..
So, korg.. Jd la matang okeh..?

Untuk ak. Tidak.
Ak nak jadi diri ak.
Uat masa ni la.. Kematangan tu xnk la..

Wah..?? Ap benda ni zati. KONPIus betul. Haha.

Pandai2 la.....



EDISI ABES EXAM. Pfftt.

Bismillah..
Oh yea. Jom uat plan utk EDISI ABES EXAM.
Oops. BTQ xabes lg.?!! Haha.

Xpe la.. Penat dh oiyh.. Stdy..
*Ceyh..walhal, overall ratio study ngn tdo 1:4 kot..??haha

EDISI KALI NI.
1. Nk mgupdate blog- tukar layout dan sgala bagai.. Lgu jugak!
2. Pas mgrib, tgok citer harry potter part 2. (Rugi la.GSC terbaik!!!)
3. Duk nyanyi lgu Avenged Sevenfold.. Bruno Mars..
4. Uat lab report Chems.
5. Super saver..
6. Tido!

Haha.

Exam chem2.

Bismillah..

Hari ni. Alhamdulillah. Lepas dh 2 exam core- Physics 2 ngn Chems 2.
Alhamdulillah...

Kalau taye, ley dapat A ke..?
Insya-Allah. Sbenarye. ragu2 tu msti ad.. Soalan dia, byk gk yg menegangkn urat kepala.Tp xsmencabar fizik smlm. Mungkin. Bgaimanapn, Tawakal. Moga dpt keputusan yg terbaik...

Untuk rumate-ku.
All the best. Korg mantap sgt! Msti score puye.. Thnks ye. mmberi sokongan.. dgn cara korg yg study kuat itu~!
Untuk Nisa.. Thnks sbb teman sy study kali ni.. Haha. Awk byk beri tnjuk ajar, smbang2.. n kte relax tgok movie. Peh, terbaik!

Untuk classmate-ku
Chill la okeh..? Ak xtau korg cmne before ni.. Tp. Ak yakin, korg dpt uat dgn baik... Korg sume ak tgok rajin2... Ap la ak ni klu nk dibndingkn dgn korg... Pia, Jiro, Ana. All the best gurls!

Untuk sume
Ak sakit tgkuk ni. Maybe UIA kna tambah modal beli meja, n kerusi yg siap ad tmpat rehat untuk leher?! Haha.
Ak rsa ok. Ak risau gk pasal exam. (ad ke, ak ley hafal bnda yg salah. iaitu UNLIKE CHARGES REPEL.? ) Bapak r!! Nonsense gle.. tp tu la.. Ad hkmah.hehe.
So, bertawakal sesgghye..
N, hrapkn result yg terbaik..
Insya-Allah..

Moga.. semua dalam keadaan yg baik!
Sekian...

p/s : BTQ hari sabtu ni.


Monday, July 25, 2011

Physc2 - Exam Mid Sem

Assalamualaikum. Hi.
Oh yea. Currently : Reading LensaRosak, while watching 3,2,1 Cinta!!!

Iye.. Abes exam..
So, amacam zati..???

Alhamdulillah. So far, so good okeh.
Yela.. Ak xtau nk ckp pe.. Abes2 exam, kanan kiri ak membebel.. 
Xpenah2 dewan ak bising abes exam.
But today, mgejutkan. Bising gle...
Yela.. tu dia.. Bahang exam fizik 2. hehe..

Muka ak cool je.. Org taye, ak jawab okeh je.. 

Npe?? Bkn sebab ak over confident. Tp, ak sudah bertawakal.. 
Susah gk weyh.. Tp, ak syukur. Last2 minute pn masih diberi hidayah..

So. tggu nanti ah result ak cmne. hehe...
Cuakss..






Sunday, July 24, 2011

STOP before ITS TOO LATE

Oh. out dlu.
kang jd lg cm xbtul..
Ni sume sbab si Aqram r ni..
hoho..

Sori.
Astaghfirullah...


p/s : Doakn ak exam kali ni.


EXAM la woiyh!

oH YEA. Exam la woiyh!!!! Pergi study.
Dri pg td, tdo.. stdy xsmpai 2 jam.. Tdo blek, lbey 2 jam..
Stdy lg.. Berblog plak pastu.

BUDGET pandai r ak ni!!??
Damn. Bongok.

Apsal ak emo sgt ni?
Hrap mklum. Sbulan skali.
gpn, tgh sakit ni oiyhhh........................

Aqram. Sape ko?

Assalamualaikum.

Hm. lme gak ak mghadap dpn laptop ni. bgus la dh deactive FB tu.. Bknye Mark ****berg tu rindu ak kn? So, ak merajinkn diri ber-blogwalking. Alahai... xsuka sgt mmbca ni.. coz kdg2 mmg kte, pmbaca ni ter'influence'...

Bru2 ni.. Ak  knal dgn Aqram.. Wah, cm ley jatuh cinta plak! Haha. bongok.
Xde la. ak cm ok kot dgn ayat2 dia. tp, super extreme.
Mmg bungik.

Ad gf dh.. diorg kapel time mtriks.. tp, ak nk tau. ap jadi kt dua tu skang..??? Huhu. cm sdey owh...
Dlu, AlexiaAqram. but skang klu post pape, by Aqram je.
Wah. cm member rapat plak. Btw.

npe tetba ak citer psal dia..?? SAJA.
Haha,


Friday, July 22, 2011

Deactivate FB. 20Julai

Salam. Iye. Tahniah zati.
Finali, ak deactivate gk fb.. Sme gk la mkna ye, ak buang FB tu dri dlm hidup ak. But not completely buang la.. kna gk ad spaya senang nk contact member2.. Thnks to Amir Ridwan.
Yela, dlu kala lg dia dh ajak ak delete fb ni.. Sbb dlu, oh ye. Ak cm ad uat 'hal' skit..
Tp.ak degil. N, skang ni. lepas dia plak uat hal. Ak tnpa ragu2 lg.. bserta sakit hati, bengang smcm.. Trus deactivate fb.

Wah. korg klu bca mesti wonder.. "lepas dia plak uat hal."...???
Ye la. Mmg si Amir, kekasih hti ak ni uat hak. Bikin hati hot gle. Mmg rsa SELAMAT TINGGAL dh la.. 
Tp. ak tau. kna sabar dlu.. Sabar2 pn, mmg dh maki hamun la kn... Protes abes! Haha.

Well. dia xuat salah besar pn. Cme. ak xsuka. Ak jeles. Ne ley dia flirt ngn org len. TAK BOLEH.
Amir Ridwan is mine! Xsuka dia komen kt pmpuan len " g tdo la.." or " jom2".. Xboleh.
Haha. Gle control kn ak?
Suka hati la.

Btw, thnks syg.. Sbb deactivate gk. Xpksa ok. u choose me, so.. cmtu la..
Haha.. Tbe2 rsa sgt teruk. SADIS btul..
Dhla. 

32 months,4 days being together!!
LOVE YOU MORE AND MORE....

Wednesday, July 20, 2011

I want a TIME MACHINE.

salam.
Hm.. xde mud sgt rini.. lme sgt xnges.. n hri ni, cm xley nk bhenti plak. SADIS.

Ak. ntahla. Sape2..?? Ad xjmpa Time Machine lelong kt ne2 ke..??
Nk beli la.. Haha. Gle.

Klu ak dpt Time Machine tu.... ak ad pk gk la td nk uat ap..

1. Pegi kt zaman f4. Atau lebih tepat lg. Tarikh : 10 Mac 2008.. Time bsdy ak, ak xnk lyn anynomous. never!!
2. Buang tarikh 18 Nov setiap bulan dri dlm hdup ak..
3. Pegi kt time ak apply MRSM Taiping..Nk stay kt MRSM PDRM atau pindah dekat, MRSM TGB
4. Pegi kt time ak nk amik SPM, ak akan STRUGGLE sungguh2!!!
5. Pegi kt time ak sek rendh.. N, elak dri uat skandal muda2.haha.

Ntah. tu je la.

Atau yg sebenarnya, yg paling ak nak...

Pegi di jam 9pg, 10 Mac 1992.. Masa ak lahir.. Biar la ak lemas ke, ad pyakit ke.. So i wont live in this world. N, nnti kt akhirat. Ak dpt tarik ayh ibu ak ke syurga. Wah!'
Astagfirullah.
Cukup la.


4.