Sunday, December 9, 2012

back to reality

bismillah. first time aku nak update guna note aku ni.setelah berbulan2 kn tak update? 
bukan takd bnda nk share.tp ntahla. malas? tak myempat. tp skang. aku rasa perlu. ak rasa TERFAKTAB dh. hehee

well. ntah kenapa ak tulis title entry back to reality yg mana sangat la tipu ye! ak tgh terawang2. tak sedar diri. tak amanah dgn tggjwb sbgai stdnt.tgh down. sebut je la semua ayat, perkataan negatif yg wujud kt muka bumi ni.. tu lah yg ak rasa. 

ak nak keluar dri sini. i need a new fresh start. mungkin daebak gak la kn klu ak gi Teluk Cempedak. layan2... jiwang2 sorg2.haha! tp takmo la. ad org pesan jgn pergi sorg2. nnti nmpk pathetic. fine. btol jgak kn...

ak perlukan kawan. tp ak tak bersedia nk kongsi lg. dan ak pun taknk susahkn diorg.. kdg2 ak fikir.. kenapa la asyik nk mcm ni je?? ak nk DIAM. ignore semua bnda ni. tp ak sedar.. makin ak diam, makin parah hati aku. makin dalam parut yg tinggal nnti.. i have to be. but i must learn to cope with this. 

camne klu nnti mmg aku bersendiri je? 

apa2 yg jadi pun before ni. jom la lupakan! dan move on...

* pejam mata rapat2 *

yeahh. aku kena kuat. turned off those unecessary feelings. turned off all my desire. 
start again. responsibility as a student. as a daughter and of course His slave~always and forever.insyaAllah..

wpun kala ni ak rasa tak bermaya. rasa tak mampu pun nak bangun. nak jalan. tapi ak akan cuba. aku akan jadi kuat. aku akan teruskan semua ni....

back to reality.

Monday, October 8, 2012

A month before First end-block exam !

Bismillah.

Assalamualaikum. Fokus kt tajuk. Semangat tak?
Sebulan lg kan? tp dah kecohh.

Bukannya apa, baru sebulan belajar sini. dan lg sebulan nk exam? agak geram. dhla END- BLOCK EXAM ! Ley kata cm exam end semester laaa. dan yg nervous, sebab takde study week. dan masih belajar lg skang. tup2 abes belajar, kelas jumaat 10pg. jd, harap mklum. isnin tu terus exam.

Aku pun tak faham. kesedaran nak exam tu dh wujud minggu lepas lagi. effort ? hampehh.
Okay2. zati, jgn down kan diri sendiri !

Ye, sebenarnya, ak dh start usaha. tulis2 kata2 semangat.. buat jadual... tp tak menjadi :(
Ntahla nape.. spirit tak dtg lg. serius rindu. rindu kt mode study last sem di CFS, kt gombak. mmg struggle abes. rasa kot effort ye...

Waiiitttttt ?

Baru perasan. ak selalu je camni kan?
Kengkabut semacam sbb nk exam. hehe. hehe....
ye, gelak... dan gelak laaa. mmg kengkabut sungguh haishh.

tp, yela. sbb ak risau tau. limbic region ak suka sgt kt tdo.. pleasure.. mkn.. mmg nak lawan dgn rasional tu susah GILEEEEEEEEEEE......

okla. nak terus asar. ptg ni nak main volley :)

Btw, En Amir Ridwan ad kt sini. weehu ! setahun tak face-to face. Masih cinta ke?
Ahahahahhhhh



Sunday, September 30, 2012

Cinta Kau dan Aku

Bismillah :)

Iye, ni dah novel ketiga ak baca di UIA Kuantan. Maksudnya, minggu ketiga la kan? kan? heee.
Seronok sgt baca novel ni. Mana taknya, leleh abess weyyy :)  Haishh. tetiba terpk? sejak bila plak ak ni rajin nk mengulas novel ap yg ak baca? lantak la weyy. Taip je la kan...


Seriusli, kalau rasa nak beli novel. Tak tau nak beli yg mana sbb mmg byk gila novel di pasaran, why not u try ahead dis novel. I can guarantee u, satisfaction, experiences and love as well. kikikikii.. jiwang lettew. hehe

Teringat plak dulu2.. After mkn ngn Nisa, ktorg masuk MPH kt Mahkota Parade. duduk kt celah2 rak dan tarik je mana2 novel berdekatan.. baca sinopsis diaa. pastu nmpk la novel ni. Buat endah tak endah je. Then, nisa la promote :)
Dia kata writer ni mmg ohsem gila.. Klu bab2 air mata, boleh la percaya dgn hasil author ni. Ak cm cincai2 je time tuu. Tp ternmpk bestseller kt cover buku tu, terdetik gk la. msti ohsem ni..

And, its so true.. leleh abesss. lelehhh...
Kena baca sendiri laa. baru rasa leleh kt part mana. tp, as usual. ak la kan..
mesti la kt part relationship yg cepat noh sensitip ye.. ni kalau pakai sensodyne pun tak guna. mmg kena comfort dgn happy ending jgak..
**berangan sebentar. teringat 'kenangan' dlm novel**
haha. mereng !


rating : 5 STAR

Pengajaran ak dapat :)

+ Jodoh pertemuan di tgn Allah. berlapang dada la dgn ketentuanNya
+ Mencintai tak semestinya memiliki
+ Kemaafan dendam terindah
+ Air dicincang takkan putus, hubungan adik beradik la ni..
+ Pengorbanan tu indah
+ Asas perhubungan kena la jujur. Cemburu takpe, tapi berpada2 la..

Em, banyak lagi kott... tp, terkesan kot dgn watak Cikgu zul. Terkesan lagi dgn watak Farisya and Farish. Woi.. Hargai la apa yg kita ada. Kalau syg, ungkapkan syg tuu. Kalau benci, maafkan ! simple je kan? Tak yah la nak ber-ego sgt. Tak ke mana pun. kelak memakan diri. *cewaaah

Tapi betul la kn? Jgn nnti bila dah takde, baru sibuk nak meraung melolong ckp rindu, ckp syg.. Hm, ni baru skrip manusia, pun dah terasa. Skrip Allah yg Maha Sempurna tu.. kalau diteliti balik, mmg leleh kot. Perjalanan hidup kita ni haa.. Betapa tak berkiranya Allah dgn kita. Setiap kali buat jahat, tak terus kena benam, taufan ke apa... tp diberi peluang utk bertaubat.

Cinta la. tp jgn mencintai seseorg melebihi cinta kpdNya.
Sekadar pandangan peribadi utk diri sndiri jua :)

Seronok novel ni. kena baca tau !
Insya-Allah, nak beli la satu novel hasil tulisan writer ni. Suka :)

Bersyukur dgn apa yg kita ad :)


Friday, September 28, 2012

Life is so good here

Bismillah.

Insya-Allah, a very short entry.
******** got a message. down. haishh. penat je tunggu*****

Sebenarnya, nak ajak dia ym. bukannya apa pun. tgh rasa tak sedap hati. nak la lenglong2 jap. tp buat sakit hati je. Err. sakit ke?

Okay, nak mode baik punyaaa :)

Alhamdulillah. boleh kata hampir sebulan dah kt sini. So far so good. Sedang adapt dgn environment. Mmgla Malaysia je punn. tp kt Malaysia ni laa lg nak kena jaga. Klu g Jepun, faham2 la mmg takley mkn KFC semua. tp klu, klu laa kt sini takde or tak susah nk dpt. ngamuk gak la kn? heee.

Obviously, happy. syukur gila gilaaa sbb sdg pursue DENTISTRY.
Pastu, sdang training volley jugak. which is a great bonus. seriusli, sbb dpt coach KETUA JURULATIH PAHANG. coach sukma weyy. best !  *err, wpun ad gak part tak bpe nk best memandgkn ak ni newcomer, tp okay laa. staff pun mantap2. and ptg td ad training ngn team kod (Kuliyyah of Dentistry), sume ad basic. fight gak la bila main :)
Then, selain drpd isu takde bas or teksi yg reasonable, okay je nak dptkan kereta sewa.. rm5/6 per hour. then, tiket bas balik melaka pun banyak !

Alhamdulillah.

Seriously, life is so good.

Err. ad lg la.. cm cafe pun okay. tmpt belajar mmg sah2 la best kan. lecturers BAIK SANGAT !!  yg paling best, sbb semua foreigner kot :)

kurangnya, fon rosak. nak beli yg baru dlm sebulan dua lagi. so, mmg takde tgkap gmbr pape. heee. sedih tauu. takpe2. tunggu laa. kotye dapat iPad ke.. Tab 10.1 ke.. Galaxy Note... takpun S2 pun jadi la :))

Gdnite people. 

Friday, September 14, 2012

AD + IZ

Assalamualaikum.

Satu novel abis ! Dlm 5-6 jam gak nak abeskan. tgokla tebal mana kn. hehee.
Best jgak novelnya. Best la. puas hati gak la.

Rating : 5 STAR

Apa yg ak dapat?

+ Love is about trust and respect
+ Ada jodoh tak ke manaa
+ Cinta tak mengenal rupa. gemuk, kurus, kaya ke..
+ restu family perlu !
+ carilah pasangan yg sekufu
+ be honest with ur own feeling

err. banyak la. dan tak rasa nk kupas sume. kang jd karangan komsas plak.hee

Cuma ad satu isu ni yg paling ak terkesan skali which is, 

Kalau cinta, beritahu la. jgn pendam2. jgn buat assumption sendiri. jgn nak fikir bg pihak satu lain. 
klu pk bnda yg sama tak pe gak. tp dah lelaki ngn perempuan, mmg cara pk berbeza. jd, tak payah la pandai2 nk buat assumption sndiri !

Kadang2, dua2 pihak nk buat pgorbanan utk org yg dia syg.. tp tak sedar, dua2 terluka. for me, that is nonsense ! if both of u are in love, there shud be no reason why u are not together unless its determined by Allah. tp, kita mana tahu kan? so, kena la usaha :D

Semua org boleh ckp " Saya syg awak" atau "I love you" tp berapa ramai sgt la yg boleh BUKTI kan? bukti tu bkn satu. tp kena konsisten thruout the relationship.

Ntahla, ak pun bukan pakar. Sometimes, people left the person they love(spouse/partner) because there is too much hatred rather than love to keep them staying.

Stay pun pening, tp kalau break up lagi pening. Jadi, go with the flow la.

Ha, lg satu point dlm novel tu. Kdg2 kita igt kita cinta. Buat contoh la..
Aril sblum ni dgn Marina. Tp, ad skali tu Marina ngajuk. blah lama gak la smpai nak 6bln. Dlm masa 6bln tu, Aril mmg rindu gle, sibuk online pe la nak try reach Marina. but in the same time, dia jumpa dgn Riana. gaduh2. last2, its too late to realize yg dia lg cintakan Riana drpd Marina.

So, when you are in love with A. The moment when you start to be in love/thinking about B. A tu mcm tak worthy lagi la kot? Check out !





Kuantan: End of week 2

Bismillah.

Assalamualaikum :) lama tak update. Bukannya takde cerita, tp malas la plak nk meng-update.
Minggu awal2, sibuk dgn orientasi yg buchuk masam sbb ktorg tak ley balik bilik. Bygkan la dari pg smpai tgh malam. Syukur tak lama. dlm 3 hari je. Pastu start kelas. Cool ! :)

Minggu 2 ni kiranya, adalah minggu first ktorg belajar. Alhamdulillah, so far everything were awesome ! Lecturers, kelas, subject. Syukur, semua okay. Tapi, baru seminggu bljar, dah rasa mcm weyyyy janganlah ad perjumpaan! busy ni. ngeh2. ngade kan? org 2nd, 3rd year rileks je. yg baru masuk plak kengkabut nak revised ke hape.hehe :P

This year ad 4 subject. Anatomy, Biochemistry, Physiology dan Oral Biology - Dental Histology, Dental Anatomy termasuk sekali. Boleh kata sama je ngn bebdk medic ye module. Lecturer kata, module utk first year ngn second year utk Medic and Denti sama. except, dental stdnt ad extra oral biology. medic plak ad intro to pharmacology. Ntahlaa. Tp, semua pun susah.... kalau tak stdy dari awal. :G

Jadual waktu okay. Meh, nak tunjuk jadual utk minggu dpn. Well, punya la baguuuiiihhh. Jadual ktorg bertukar setiap minggu. senior kata, kdg2 bila hari ahad baru dapat. atau the worst. isnin pagi terkejut, ad kelas pagi.camtu laa. syukur, minggu ni. hari khamis dh dapat. jd, insya-Allah sbb tak balik ni bolehla nak prepare :)

Jadual Week 3. *err. week 1 orietation :D

Okay, kelakar kan jadual ktorg? sgt la cm byk lopong2.. Dan yg paling best, minggu dpn langsung takde kelas ptg. Alhamdulillah !! jadual ni dia akan tampal kt satu board besar. so, boleh tgok jadual year 1-5. Dan ktorg la paling free... yg lain pack sgt. takpe la. nak bg ktorg adapt dulu kot...
PEsan akak senior. standby stdy awal. sbb time2 nak exam, lecturer suka masukkan slot extra sbb tak abes silibus kot, then dhla takde stdy week !

Em, makan prob banyak. tak sedap, satu hal. kualiti. harga. takpe laa. sabar je laa. ni yg rindu umah. rindu uiam gombak. cfs pun boleh rindu gk laaa. tp memndgkn minggu ni dari isnin smpai hari ni puasa. tak lunch lagi. tak tau la lunch nnti cmne...

Hari ni, ramai balik. Tapi ak nak baca novel ! Malas la plak nak balik. leceh kot? nak delivery segala bagai. dhla bas takde. yeksi takde. jd, kena minta akak senior yg uat delivery la pe laa. 
takpe. chill bebeh.
harap2 qila ad tiket bas. katanya, nk dtg lawat kt sini :)
Almklumla... isnin ni, kan cuti Hari Malaysia 16 Sept.


Sekian smapi sini shja. Ti dah fon canggih2, boleh la kita update2, letak gmbr semuaaa.
Fon sony tak ley on, fon nokia plak takde charger. Saboo je la.

#Frust tau dgn ko. Better ko letak dp merah drpd biru. Meluat !


Sunday, September 9, 2012

Hi Kuantan !


Bismillah. Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-6 di UIA Kuantan. Syukur, selamat sampai.
Kalau yg tak tau, UIA ni ad 3 branch. CFS kt Petaling Jaya utk asasi, UIA Gombak utk stdnts engineering, islamic teaching, while UIA Kuantan is for the medical sciences stdnts. Thus, theoretically, all the Sciences students such as Medicine, Dentistry, Optometry, Audi balbalbalaaa.... are here, in bumi Kuantan ! Yeaah!

Kt bndar Kuantan, ak dah gi Kuantan Parade. ok la kot. but yesterday I went to ECM-East Cost Mall and its kinda cool like Midvalley in KL or JJ AEON in Melaka. Alhamdulillah, ad shopping complex and not being forgotten. Cinema. huuuu. Lega :)
Err, shopping first?

Ok la,hostel is also okay. Got privacy because in 1 room, we have 4 compartments.each with a study table, bed, cupboard and rak buku. Ok laa. But the problem is, im at the highest level, seriously! and almost evryday.. for 6days.. blackout. ngehh. Cafe pun ad satu je in this UIA. ad dua mahallah, so all the stdnts akan pergi ke CF- Central Facilities. then, kt situ ad la bbrapa pilihan kedai. 4 ke 5. but its one building yg agak mcm.. whatttt? kena jalan jauh nk mkn?
tp bila pk balik. ok je la. takde la jauh yg mmg unacceptable. still kena jalan. tp, tak mati ehh klu jalan nk pergi mkn.

Tak masuk kelas lagi. But so far, the KOD Auditorium is the best ! the Polyclinic where the seniorss buat praktikal sgtla ohsem! tggu nanti la... dh ad fon baru, bru tgkap gmbr. takde gmbr nk share.isk, isk,isk....

Kalau di tanya perasaan sekarang?

Syukur. tingkat 4 pun byk je hikmahnya.dri kes ampaian baju, anjing, monyet. so, lebih selamat. satu aras pun bebdk dentistry gak. asrama, okay. makan pun okay la. transport nk keluar ad isu sikit. takde bus, takde teksi. and if ada teksi, ad kawan kena charge smpai rm20 sbb teksi takde meter. dan kt sini, obviously bukan mcm kl.even taiping dulu pun lg mantap la.heehee. so, nk kuar kena booked awal dgn senior.. satu trip rm7. which is affordable and reasonable laa.
*ad terpk nk buat servis la sbb sgt untung.ley buat byr sewa kete kot*

Kelas mula esok, nervous sikit. tak tau buku apa nk guna.just tau nama, tp tak tgok lagi. jadual cm rilex sikit, bebdk pmacy cm teruk gk la. evryday class 8am-6pm. everydy! aku ni err. byk sgt lompong2 nya. serius. kelas sume start kul 10pg except for wednesday.and theres no class after 4pm for medicine and dentistry stdnt and as for my batch this year, coz all 57 of us are in one class, theres no class after 3.05pm. Alhamdulillah.

Sangat berazam nk jadi best student! im aiming for distinction, biiznillah.
nk score in all blocks.

cant wait to start playing volleyball. but the injuries, not perfectly cure.still rasa sengal2 and sakit. nak gi swim ! a.s.a.p. wonderful, coz library is just beside KOD's building. KOD stands for Kuliyyah of Dentistry a.k.a Kuliyyah of Drama.heheee.

Blood, sweat and tears. *ayat faymes bebdk KOD*

Ad risau sikit pasal kawan. Sbb mostly, dh ad geng. and if yg takde. they were like scattered and join everyone in random. Tak suka sgt pattern cmni, tp takpe la. sbb ktorg pun satu batch. so, tak kesahla kot. kot laaa... Hoping to have a good and CLOSE friend. hm, takpe. evrythng happens for reason. Allah knows that I can survive in this condition, so bersabar je laa.
Arghhhhh. saspen kot. takut gak la. bkn takut pasal stdy, tp lebih kpd psl kwn.hm...

Amir, jgn lupa k? teman :D


Wednesday, August 29, 2012

Jealous. Turned off. Wedding Husna !

Bismillah :)

Wahhh. Excited abes ni. Rasa cm taknak tulis pape.
*still boleh terbayang semua emotions yg ak rasa during diorg akad nikah. sanding dtg lewat. ceh, geram betul. tp, ad hikmah. salah sorg pengapit tu kata event start lmbt sikit, sanding kul 2.30 rupa2nya, dia pun kena tipu.cm main2 je. so, bila tiba, diorg dh tak sanding.. dh abes mkn sume dah.. tp, bgus gk. pengantin dh tak busy, ley tgkp gmbr ngn dia.. jumpa gak kwn2 sek rendah.. hehe.. kena *puji kurus* HAHA :D

Gambar ni, ak amik dri FB dan fon Nisa. fon ak ad sikit je gmbr.mklumla, bateri ad prob..

Kad jemputan kahwin !


During akad nikah, 25.8

Hantaran. Ad Ipad kottt   :D

Pengantin : Sama umur dgn aku :)
Cantiknya diaaa...

Ehem ehem. dapat gelang tangan EMAS :)

Saat paling tulus :')





manis kan mereka? okay. jeles sikit :D




During walimah, 26.8


















Jealous kan? jealous kan??
sebaya aku. Tapi rezeki dia, jodoh dia. Dapat kahwin dulu.
Aku? Lambat lagi la nmpaknya. hee.

Time akad tu best gilaa.. Mmg aku akan ingat la. Insya-Allah. dhla pengantin lelaki kena test dgn pak imam *lulus. mumtaz2.hee* pastu kwn2 dia yg cm sempoi2.. 
time akad tu sebak bila dgr imam baca khutbah nikah, bila si ayah, mak nk serahkan anak. cm ad la script2 yg dibacakan cm "lepaskan anak sy kpd kamu.. bimbing la dia... jaga la dia dgn penuh kasih syg.......... blablabala" mmg taching abes. Ak plak ter-sebak. ngalir2 air mata. ak pun konpius gak. pehal, over sgt ni zati?haha. *mungkin membayangkn ak kt tmpt dia*
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Aku doakan yg terbaik utk dua org ni. Semoga kekal ke akhirnya. 
Besar tanggungjawab. Dahla ad jarak yg memisahkan. sorg nk smbung medic di Kuantan, sorg lagi kt laut.. tp, klu ad iman dan takwa. ad trust. responsibility jaga. Insya-Allah, bahagia dunia akhirat :)

Time akad tu, cm terserlah kot suami dia ni romantik. cissss... boleh plak nak angkat2 dpn ktorg.haha. pstu ramai la yg bising (kwn2 uia gak mrgkap geng husna) yg nak kahwin.. nak khwin... even nisa ni pun kte nak kahwin.hehee. tapi, ak trus turned off kot. trus rasa cm insecure nk kawen awal. trus kata "alhamdulillah, ak dpt nmpk lg hikmah ak ngn amir tak dpt kawen awal.nmpk sgt dh ni.. "  Dhla, dgr nya takde marriage loan pape. pama.gpun, husna ni anak bongsu. adik beradik yg lain dh keje2, parents pun keje lagi, semua sukses2.. so, untung laaa.. rezeki.. 


kahwin, kahwin, kahwin. yaaa. ak tau. kwn2 ak tgh tunggu kad kawen ak. ahakss!
tp apakah daya, tak dapet den nak nolong.
den pun tak raso nak kawen agy..
tetba jd ambitious balik skang.

time kecik2, nk phD baru kawen.. umur 40 la, pe laa. bila besar sikit, ok awal sikit la.. 30 tahun laa.. sbb dh bljar science kn.. then,jatuh cinta. trus rasa nk kahwin. HAHA !
bongek sungguh. mujur la, family tak bg kawen awal. mujur la, mujur sgt..
skang ni, at the age of 20, dgn izin Allah, paling awal pun 2018 laa..
umur 26. tapi, since theres too many to achieve. utk diri sndiri. family. tak tau laaa..
doaa-doalah.. Semoga segalanya dipermudahkan :D

ok la, excited abes ni. excited in terms of gila ! nk histeria. sbb minggu ni minggu last.huhu. ya Allah, ni minggu terakhir sblum msuk dgree.. dh 2 minggu rupanya cuti. degree weyy! takutnya... syukur tak byk yg nk settle. tinggal sikit2 je yg nk print and yup, passport photo ! adessss...

Doakan. Doakan...


Er, nak masuk satu gambar istimewa la :)))



Semoga pasangan ni bahagia ke akhirnya.
papepn, ak takmo kawen awal. sekian :D








Her Engagement Day 24.8

Bismillah. Assalamualaikum !

Hari ni, sy nak buat satu entry khas utk dia.
Hidayah a.k.a kak dayah a.k.a sepupu amir. hehe.

Em, saja je. sbb ni kan galeri memorabilia sy :)

Ritu, pergi dgn adik, berdua. Ayah keje, ibu plak kena layan tetamu.
Dtg dri arah yg jarang ak lalu, lalu taman permainan tu. tup2, nmpk khemah dpn rumah amir.
*eh, amir dh balik ke? haha. wpun ak tau sgt la mustahil. jd, chill je la. gerak je..

Alhamdulillah, tiba2 je disambut dgn sgt meriah. Family dia, sedara mara sume.. Terharu kot. I thought im done.cam amir takde, siapa nk ingat ak ni? nk layan ak ni? mmg totally strangers perasaannya bila mula2 tiba.. sume org pndang.. *er, ak ni cute sgt ke? hahaaa

Tapi, it turned out better. amir takde, ak rasa better. haha ! takde la alone pun. ad je yg layan. dan personally, jd lebih bagus sbb.. takde la rsa depending kt amir. si amir tu, time nk hntr dia ke klia, layan ak ni cm ak mmg penduduk rumah dia je.. takde la nk bg perhatian extra pun.. kuang asam betol. yg ni, dia takde, tp still okay. so, bgus la kn? hehe.

tempoh ikat, dlm setahun. hantaran cm tak clear sgt. tp dgr 3 ribu. tp mgkin 3 ribu ni hadiah tunang ke? nggak tau laa. nk taye segan plak. hehe.

So, layan la pics kt bwh ni. Pictures describe better than words kn ? :)

Pelamin bertunang
Antara barang hantaran :))

Hantaran lagiiii :)
Well, kesian kak dayah, fon hilang.Ipad hilang. Tapi, dah dapat note skang... Untung laaa :D



Si cantik, Kak dayah :)

Sarung cincin. Dapat DUA. Satu yg merisik. dan lagi satu bertunang :D


Err. amik berkat ! HAHA


Ehhh. ad lagi sorg nak join !

^.^




Sekian~








Monday, August 20, 2012

Definisi Raya Satu


Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah, semua dah kembali stabil jam 11 pagi tadi.
Time nak buat dhuha, dpt berita menggembirakan ! Yehuu. heehe.

Ak harap, dlm seminggu ni, ak takde buat something stupid. Entah ad ke tak entry merapu, ad. tapi lantak laaa..

New day ! New raya day.. !

Right actions in the future are the best apologies for bad actions in the past.

Jadi, go on je la dgn apa yg ad..

Konon la taknak beraya ke mana. Mmg taknak pun. Siap dh plan nk buat alasan sakit perut sbb nk skip umah makngah *teruk kan?*
Tapi thnks to Allah, delay gi umh makngah. Dan last2 ak plak yg kena plan semua. Pergi2, almklumla dh 20tahun. Rasa cm dh 'matang' sikit laa. Masuk la lepak2 ngn sepupu, Kak Niza. Slalunya cm sembang2 gtu, tp ni mmg rancak abes. hehe. suka la. Suka bila dgr org yg rancak bcerita :)  Bosan tauu klu dpt partner yg ak je nk cter.. huh

Mlm tu keluar jap g JJ, mklum la. novel abes dah. Ingatkan nak beli baru, tapi tak jadi la. Beli ad satu buku ni. Utk engagement day akak ni. Buku Kit utk Bakal Pengantin,
Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta


And ak baca sikit, terus jatuh cinta. Ingatkan nk beli utk diri sendiri. Tapi, malas la plak. Ak pun lama lagi kot kalau nak nikah. Insya-Allah, harapnya mmg lambat lg laa. Jadi, utamakan la org yg perlu :)  Nak beli pun hesitate sbb harga dioa cm boleh dapat hadiah lain, tp ilmu yg dalam ni moga2nya lebih bermanfaat drpd set pinggan mgkuk ke, alat perhiasan lain...

Raya ke-dua baru gerak balik kg. Jadi, bru la amik gmbr family. Dah hari ni ayh keje 8pg. 24jam plak tu. Pergi umah mkngah pun jap je wktu tgh hari, kira break utk lunch. Dan hari ni pun, gaduh ngn si alep. gaduh kaw kaw punya. Hm, tu laa. 'Bertuah' raya tahun ni. Takpe la, biar ak je la yg pendam.. Org lain pun ad konflik masing2..

So, Raya Pertama 2012.
Random pics, *sbb lama dh tak letak gmbr pape kt sini :D



Gambar otw nak gerak gi umah makngah.
Okay, ak tibai tudung adik ak je tuu. Sbb dekat. heee *tak sesuaiii*






  aku - ibu - wawa 
after beli buku

Nanti klu rajin, letak gmbr raya satu family :)

Auwww.. *malu sbnrnya letak gmbr sndiri yg bam-bam ni*


Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri















Insya-Allah, ini akan jadi Satu Syawal yang akan paling dikenang.
Salam Aidilfitri.

Dlm byk2 bnda yg leh tulis, ak cuma rasa nk tulis yg ni je..
*Tak sabar nk masuk Kuantan. Living my hectic life.
Pursuing what I want. Being forgetful of the sh*t

Raya kali ni, harapan satu je.
TAK NAK KELUAR RUMAH----->>> TAK NAK BERAMAH MESRA DGN SESAPA PUN
Raya dgn definisi sendiri.

Saturday, August 18, 2012

overdose

Aku dah baring untuk 30minit dan bangun.
Tutup tv kt depan, ya. aku dah agak si alep akan tdo dgn tv terbuka.
Dan masuk bilik blkg, on lappy.

Aku perlu. Dah tak tahan lagi kalau setiap hari berdepan camni.

Aku susah nak tidur. 
Mungkin dah masuk 5 hari, tapi mmg susah nak tidur.

Alhamdulillah, misi 17.8 ak berjalan lancar. Boleh kata mission accomplished la. Cuma, ak mmg rajin buat kerja yg duduk. Gunting lada, potong ntah berapa byk biji bwg, masukkan kuih dlm bekas dll. Puas hati. Esok, which is hari ni. Bertambah berat laa. Nak raya la katakan.. Ye dak?

Aku nak tidur. Dah dapat terima hakikat bahawa tak semua seindah yg kita inginkan.
Hakikat bahawa pakwe yg jauh, tak dpt raya bersama, tak dpt g wedding kwn bersama. Takpe, aku telan dulu semua tu. Biasa bg org lain, tp bukan satu kenangan yg baik utk ak. Ya, ak faham. Ni lah hakikatnya.. Dah sape suh ko ber-LDR sgt kan? Lain kali, cari yg dekat2, senang.

Aku nak tidur. Tapi sakit hati mengenangkan hari ni 18 Ogos. 18 hb. Yg dulu ditunggu2 setiap bulan. Tapi skang.. masalah internet la, nak exam laa.. ataupun dah dilupakan? Sakit hati. 

Bahaya nya bila dah mula sakit hati, otak ak akan mengerah utk mengingat lebih byk yg negatif. Ya, ak rasa cm ak ad panic disorder tauu. Tak boleh lelap mata. Bila lelap jugak, paksa2, mula laaa.. Semua yg sakit hati keluar....

Hari ni, takde call/wish, ngajuk 2-3 hari lepas, kiss the rain, sampai la sakit sbb result SPM pun keluar balik. bagus kan? Dah tu, cmne ak nak tdo. ??? Terseksa woiyyyhh !

Fikir pasal semua ni. Just fikir pun sedar tak sedar boleh rembat masa smpai sejam klu dibiar cmtu je. Pastu, ak gak yg terseksa. Mungkin ak kena jumpa pakar psikologi secepat mungkin. Jangan kata ak tak ingat Tuhan. Ingat. Sebab tu hidup lagi, cuba bersabar semampu yg boleh.. Last2 rasa nak nangis......

Kdg2, ak nak teman bukan sbb nafsu semata. Ak just nak ad teman. Yg boleh ak telefon, sembang2 sblum tdo.. Kdg2 satu ucapan tu pun dh cukup.. Bukannya ak minta bedtime-story Cinderella ke Rapunzel ke.. Ak just nak teman.. At least bila, perangai 'pelik' ak muncul, dan ak tak boleh tdo.. Ak tak perlu rasa alone. Angkat fon, cakap. Lega dan tdo.. 

Ak bersyukur ad kawan yg baik. Qila.. Dira.. Tapi, ntah. Idk where to start. Gpun, taknak la diorg risau. Mungkin sbb ak dah sgt percaya dan selesa dgn yg sorg.. Ak nk sorg tu jgak.. Ntah la.. Penat emosi mcm ni. Kawen lagi bagus r !


Friday, August 17, 2012

#DoaForToday we are NOT perfect














satu misi. 17.8

Tadi kemaen entry 17.8, dan2 ni satu misi plak.
Takde pe yg penting 17.8 ni. rasa cm ad besday tp nope. mana ad laa.
Klu ad pun, bukan yg penting buat ak. yg penting, 20.8 nanti, bsday syaza comel *ohoiii. mentang2 dia tak baca. berani la kn nk tulis dia comel*

Okay2. takmo cter pasal Syaza. takmo. takmo.

Alhamdulillah, lega. 
klu dulu, mungkin ak akan cakap, "la.. patotnya awal lagi dh ak update blog klu tau mcm ni la leganya bila luah perasaann" Ecehh. Tu dulu la.
Tp skang manyak bezaa. Sbb semua ni pun dtg dri Allah. Kalau ak tulis awal lg pun, tak semestinya ak akan rasa as better as what I feel right now :)

Thank you Allah. Janganlah diblolak-balikkan hati ni tanpa hidayahMu.

Okay. kesedaran bahawa hidup ni naik turun. emosi, hormon+masa dan sebagainya. Dan bukan ak ni jahat sgt pun? dan mana la ak sempurna. Kan, kan...

jadi, ak ad satu misi je skang ni. and klu ak tak berjaya pun takpe, yg penting. USAHA :)

Hari ni, 17.8. Ak akan sacrifice-kan my own interest which is enjoying my sleep and follow my pace for my mun's happiness. Ya, dlm erti kata lain.. Nak jd anak yg lebih mithali.
Bukanla tak tolong ibu pun slama ni, tolong okehh. 
Cuma, nk bg komitmen lebih sikit sbb dh nak raya. 
Dan, nak bersabar lebih sikit.

Okay, 17.8

Sabar lebih sikit.
Senyum banyak-banyak.
Malas pk psl amir digalakkan. Ngajuk tu tak payah la, buang penat emosi.
Bykkan ckp YA.

Cukup laa.

Entry2 seterusnya, 
3 bnda yg kena dikompromi.
nota untuk future husband- masak
kestabilan usia 20 !

heee :))

17.8

Aku rasa betul la. Nak mulakan dan tamatkan sesuatu adalah cabaran paling besar. Semua orang boleh bekerja, tapi tak semua boleh mula dan tamatkan kerja tu dgn baik.

Nak mulakan sesuatu, kena ada usaha yang besar. Idea yang rasional. Dan yang paling penting, untuk MULAkan. Sama juga bila nak tamatkan sesuatu. Klu tak sustain effort, macam mana nak tamatkan? Terbengkalai tgh jalan tu bukan tamat yg ak mksudkan. tu bukan tamat tapi malas. Bukan setakat usaha je yg diperlukan, tapi keazaman.

Analogi lain, budak2 berusia 7tahun, akan masuk sekolah. Semua org akan MULAkan persekolahan. Tapi berapa kerat budak2 yg faham mksud sekolah tu sendiri. Tamat sekolah rendah drjah 6. Tapi berapa kerat yg mampu TAMATkan persekolahan dgn apa yg diimpikan, kejayaan UPSR misalnya?
*budak2. tak aci la kn nk buat perbandingan cmni*

Mula dan tamat

Mulakan satu sesi baru dan tamatkan dgn jaya-nya?

Tak semestinya permulaan yg baik membuahkan pengakhiran yg baik.
Mungkin yg baik itu diakhiri dgn buruk. Atau yg buruk itu membuahkan yg baik di akhirnya.
Macam mana?

Aku yang dulu terkedek2 jalan nak ke tadika, sehingga kini menghitung detik nk mula msuk September ni, jadi was2 dgn diri sendiri. Ak dah lalui situasi pengakhiran yg buruk walhal dgn permulaan yg baik. Consequently, kesannya, permulaan buruk di satu tmpt baru dan Alhamdulillah berakhir dgn pengakhiran yg baik..

Hidup ini macam roda.
Kdg2 di atas, dan kdg2 di bawah.

Untungnya berada di bawah, kita mengerti perasaan yg di bawah. Kita mula menghargai apa yg kita ad. Setiap titik usaha yg kita kerjakan, membawa mkna yg besar dlm hidup kita. Even bila kita di atas dlu, usaha yg kita lakukan ketika di bwh takkan pernah boleh sama. Berada di bawah, boleh jadi juga satu permulaan baru. Dan kemudian kita berjaya naik ke atas.. Tapi selama mana kita boleh ingat perasaan di bawah bila kita sebok ber-senang lenang bila di atas.. Dan yg paling penting,  berapa lama kita boleh berada di atas tanpa jatuh ke bawah?

Aku, paling susah nk maafkan diri sendiri. Kadang2, musuh yg paling ketat adalah bayangan diri kita sendiri. Bayangan diri aku. 

Bukannya ak tak bersyukur dgn ap yg ak ad. Bukan juga nk mengungkit masa silam. Tapi klu la ad yg faham perit 'jatuh' tu macam mana. Ya, skang ni mungkin ak dah berjaya daki sedikit demi sedikit. Tapi, sedikit pun tak berjaya padam 'sakit jatuh' yg dulu. Kdg2 mmg bagus, sebab ak berterusan nk usaha, Taknak jatuh.. Tapi, lelah juga dibuatnya. Lagi2 bila dtg pertmbungan hormon dgn masa. Ahh. Kacau.

Biarlah. sejuta patah perkataan ak tulis pun takkan boleh membantu utk ak terus hilangkan rasa sakit. Kenapa laa.

Pasal mula dan tamat ni sbnrnya, bukan utk ak ungkap kisah dulu. Tapi, stres dgn bulan Ramadhan. stres dgn diri sndiri. sejujurnya, ak nak dedicate kn Ramadhan ni sbgai Ramadhan terbaik buat diri ak. Ak rasa, satu permulaan yg paling baik... dan pengalaman indah. tp semua tu tak boleh konsisten. Bila balik rumah,terabur abes dh jadual ak. huhu...

Bukan ak nk salahkn rumah, tp persekitaran tu kan penting. Ak sygkan family ak. Tapi, ak rasa semua tu tak memadai la. Ak nk Ramadhan yg sempurna. Positifnya, bila kt rumah, dia jadi satu medan ujian utk mendidik ak dgn lebih baik, tp ak tak bersedia. Ak taknak diuji :(

Ak rasa ak dh struggle tp mungkin tak cukup kuat. sbb ak masih di-belenggu rasa malas dan menyalahkan rumah plak. Walhal, sepatutnya, kt mana pun kita berada bukan alasan kan? Ya, ya... Bila dh luah kt sini baru ak sedar. Ya, ak la nasihatkan diri ak sendiri. Ya, tu la kebiasaannya.


Ak taknak Ramadhan ni berakhir dgn buruk. Tapi dh tinggal tarawikh..
*okay, tarawikh tak wajib zati. Positifkan diri.

Ntahla. ak rasa ak pendam perasaan lama sgt kot. 

Kdg2 ak rasa, ak nk rewind balik duk di UIA Gombak. Ak nk kak sya. ak nak bilik ak. Ak just nak pergi kelas, balik kelas, tdo, study, berbuka, tarawikh, stdy dan tdo balik. Ak suka life cmtu. Ak bebas nk ikut masa ak, pace ak sndiri. bial ak nk stdy, stdy. Ak ad masa utk diri sndiri. Ak boleh ketawa, nangis, sendiri. Ak suka mcm tu. Ak paling suka sbb ak tak perlu nk penuhi expectation sape2. Ak suka jd diri ak. Ak suka dgn keadaan sana yg seolah2 terima ak seadanya. Ak suka rumate ak yg tak byk kesah. Yg agak serasi dgn ak. Ak suka.. Ak perlu semua tu. Bukan lah kt rumah ni tak mcm tu. Tapi, nk kena jadi rajin. nk ikut pace mak ak. ak tak suka.

The only time ak prefer duk umah bila weekdays. After sahur, sume org masuk bilik masing2.. So, ak boleh kemas dgn cara ak. Then, buat ap yg ak nak. Solat, hntr diorg gi sekolah. Ibu ngn ayh kuar. Ak boleh start mengemas, rileks. dgr lagu, tgok tv. then, sidai baju.. Alone. Ak suka mcm tuu.. Ni bila ramai2 kt umah ni, jd serabut. Nak kemas, diorg ad. eish. susahla nk ckp mana.

Part yg ak malas skali masak. dhla, ak dh lega sikit. So, nk buat bnda lain. Thank u ! Lega.



_____________________________________


Kdg2 malas nk update blog sbb nnti amir baca. bukanla taknak berlaku jujur kt amir cm kes Twitter tuu. bknla nk berpura2 tulis yg baik atau pe. tp, utk tahu amir baca, dan katanya faham atie tapi susah utk blbalabalbla;ablabaa;a. malas ckp dah.bye.


Tuesday, August 14, 2012

cerciter kak zani :)

assalam.

tak kira, nk abadikan pics ni kat sini.

*sumber: Kak zani comel a.k.a akak senior denti*


di-buat oleh beliau ketika cuti. time2 gi ni laaa... tissue cover :)




Kuliyyah Of Dentistry :)
Insya-Allah, bulan 9 ni...



Morphology. Nervous byk ! hehe



Skull, head, neck. Nervous byk2 sgt...




Professional Exam Year One. Nervous gilaasssss.




Lumrah hidup. Kurang cuti. Ikut sistem blok.





Sekian. Sumber kak zani yaa.
:)


Masjid UIA Gombak dan aku

Bismillah.

Assalamualaikum. Tak tahu dari mana nak mula. Bila baring2, santai2.. Mesti ad je idea yg nk ditulis, nk share dlm blog ni. tapi, bila dh depan lappy. Semua tu hilang. yela, ak pun bukan penulis blog tegar cm nak cari tajuk bla blablabaaa.... Ni semua sharing. untuk kepuasan diri sendiri. dgn harapan, ad la pengisian utk ak kenangkan bila baca semula. Dgn harapan, siapa2 yg dtg singgah, ter-baca. Takde la rasa buang masa... Tp, klu ad. Takpe, pergi je la.. Sbb awal2 dh pesan. AKUKONPI. utk ak. bukan komersil, populariti atau apa. *lega sikit*

Sebenarnya bukan pasal isu blog ni, tapi go with the flow je laaa.
Ak mmg tak tau nk fokus kt tajuk apa. isu apa. Cuma yg ak tau. Ak rasa serba tak kena..

Ramadhan tahun ni, mungkin. Ya, memang antara Ramadhan terbaek yg pernah ak lalui selama 20 tahun ni. Rinduu. Rindu sgt nk ber-tarawikh kt UIA Gombak. Boleh leless ni air mata terkenang. Susah nk explain cmne. Terlalu byk cerita. Tp, nk di-pendekkan. Solat, berada dlm masjid di UIA Gombak sgt tenang..

5 Reason Masjid UIA Gombak Terbaik buat aku

1. Suasana masjid real 
Waktu solat, mmg diakui kadang2 bising ad baby menangis, budak2 lari. Tapi semua ni buat ak rasa real. pernah ter-baca. Wpun cucu Rasulullah memanjat belakang baginda, tapi tu tetap tak mghalang baginda utk solat dgn khusyuk. Jadi, ak pun cuba sedaya upaya. Even, kdg2 budak2 yg azankan. Ak rasa real sbb semua lapisan ad. Tua, dewasa, muda, kanak2, bayi. 

2. Suasana yg tenang. Galakan terbaik.
Yela, masuk masjid mana je yg tak tenang kan..? Tapi yg special, bila masuk masjid ni, buat ak rasa dekat. Sbnrnya, ak ni bukan kaki masjid pun. Dhla masjid tu jaoh bebenor.. Nak menapak lagi.. Tp, kita belajar. Dan menapak ke masjid utk solat tu adlah charity. jd, ak mula perlahan2, utk spend time kt masjid. Mula2 zuhur.. Then, time Ramadhan, dhuha, magrib, Isya etc. 
Ak cuba terapkan dlm diri, perasaan rindukan masjid. *ciri2 ahli syurga*. Ak cuba latih diri. Dan, masjid ni mmg sgt terbaek.. Carpet merah.. Suasana yg cm terbuka.. Takde air-cond pun.. Tapi, korg cuba la dtg ! Mmg terbaekkk :')

3. Bacaan syahdu Imam
Yg ni mesti la paling penting. Alhamdulillah, Allah berikan ak nikmat utk menikmati bacaan Quran dri Imam. Ya, mmg ak tak faham pun ap yg dia baca. Tp, tak rasa bosan pun. Ap yg ak rasa, kosong versi tenang. Kdg2 tu ad la rasa resah sikit, tp lama2 alhamdulillah. ak rasa okayy. Dan yg paling tak boleh lupa, bila dgr Imam menangis time baca surah Yusuf kot..
Ak pun leless sekali. huhuu. Rindu. time tu rasa dekat sgt dgn kebaikan.. Rsa dekat sgt ngn nikmat Allah...
Takde la ak kata kt umah ni, Imam tak best atau apa... tp, ak mmg rindukan masjid !

4. Iftar bersama
Boleh kata 90% masa ak berpuasa di UIA Gombak, ak iftar di masjid. Dh la free. Tapi, sejujurnya, bukan percuma yg ak cari. Wpun makan free, tp duit belanja sme je.. Tak abes kt mkn, abes kt bnda lain plak. Hehe. Tp, sungguhlaa.. Iftar ramai2.. Makan dgn kak sya, fiqahh, irfanah, afi. Best. Terasa erat ukhuwah mkn sama2.. Dan yg paling best, sbb ktorg solat Mgrib dulu. dhla ad satu hari tu dpt rezeki berbuka awl 5-8minit. HEHE :)

5. Pengorbanan dan ukhuwah
Ke masjid tu, bukan berseorangan. dgn kawan2. especiali dgn kak sya laa. sbb ad time yg diorg nk solat kt MPH (Multi-purpose hall), ad yg time exam. tp kak sya sudi pergi sme2 dgn ak, menapak ke masjid. Kdg2 after trawikh tu, ktorg duk kejap.. baca sama2. Sungguh, ak rindu semua tu. Ak rindu kak sya lebih berbanding yg lain. Heeee. 
Pengorbanan tu bukan dri segi masa je, tp byk. Dan ak dpt rasakan Allah kurniakan ak kemudahan dlm bentuk yg lain. Alhamdulillah, exam ak berjalan lancar. Insya-Allah, skang ni bertawakal utk dptkn yg terbaik.. Ketenangan hati.. Macam2 lagi..

Ya, mungkin reason kt atas tak fully solid, atau apa. lantak. ak pun tak reti nk describe sgt.

Yang ak faham, aku suka. dan aku suka.
Dan ak tak perlu reason pape pun utk bgtau kenapa ak suka. So, point2 di atas mmg ak terpaksa kerah 5,6 saat utk pk. tp explanation ye tulus dari hati :')

__________________________


Alhamdulillah. lega sangat. Sbb td singgah profile pic kak zani.. Syaza buatkn bookmark. Terharu abess la. Nak update2 :)

Sekian utk post kali ni.



Thursday, August 2, 2012

Usaha = Hasil

Bismillah.

Assalamualaikum. Sihat?

Sebelum nk start dgn motif. Istighfar sikit..

Astaghfirullah al-Azim
Astaghfirullah al-Azim
Astaghfirullah al-Azim

Insya-Allah..

Em, nak sgt update. Tapi tak tau nak update apa sebenarnya.. Jadi, ak rasa cm nak luahkan la sikit what have been pondered by me these days. Cewaah. * BI makin teruk ! *

Sekarang ni, 12 Ramadhan. Alhamdulillah, dah lepas satu per tiga Ramadhan. Sedihnya, Ramadhan makin smpai ke pghujung. Pejam celik, pejam celik dah hari ke-12. Cukup ke eh amal ibadat? mmg sah la tak kan? Tp moga-moganya, apa yg dh dilakukan sblum ni wpun tak sbrapa nk dibandingkan dgn org lain, tp Allah terima sepenuhnya. Amin.

Dua mlm dh, bila terawikh rasa cm sgt menduga. Makin panas. Berpeluh-peluh. Sebelum ni takde la cmtu skali. Nak kata tmpat beza, sama je.. Kt msjid tu jugak.. Kt MPH.. tp kali ni, dpt rasa peluh lancar je turun ke bumi.eceh. Kenapa ea? Dan kt FB pun ad la post2 yg ak tgok cm kenapa skang makin panas etc?

Bagi ak, takde la panas mana. Dan BUKAN NAK MERUNGUT. Astaghfirullah. Sikit pun tak. Cuma bnda ni buat ak fikir.. Puasa, dlm bln Ramadhan. Nama Ramadhan tu sndiri sbb mksud 'panas'. Cuma kenapa 10 hari yg pertama tu ak rasa nyaman je solat.. Tak tertitik peluh pun.. *okay, mgkin ad. tp tak berapa la sgt *

Dan......

Ak buat conclusion sndiri, yg mana seperti kita sedia maklum. Kan ad fasa2 dlm bulan Ramadhan.. Skang ni dh masuk fasa kedua. Yg dikatakan sbgai fasa pengampunan. Mungkin sbb tu Allah nk uji kita lebih sikit demi mendapatkn keampunanNya. Nak tengok sejauh mana keimanan kita.. kesabaran kita...

Kalau kita mampu bersabar, tingkatkan usaha, Insya-Allah. hasilnya pengampunan drpd Allah. Klu kte blajar graph dulu.. ibarat ni graph directly proportional.. Makin tinggi usaha, makin tinggi hasil. usaha tu amal. hasil tu rewardNya.

Sama mcm stdy.. Makin kita berusaha, makin tinggi chance kita nak berjaya... Tp segalanya pun terserah kpd Allah.. Dia Pemilik Ilmu.. Yang Maha Mengetahui.. 
Nak menentukan kita berjaya atau tak bukan disandarkan hanya kpd usaha atau lecturer kita, tp kpd Allah. 

Insya-Allah. Nak exam ni..
Teruskan usaha.. Dan jgn lupa manfaatkan Ramadhan ni.. 
Mmg exam sekali ni je. tp Ramadhan sebulan drpd 12 bulan. Kalau tak dpt sambut Ramadhan yg dpn mcm ne? Cuba la yg terbaik. Rebut ganjaran dunia dan ganjaran akhirat.
Insya-Allah....



*Entry ni buat before Asar. tp Alhamdulillah. hari ni duk saf depan. dan ber-angin~~
Pertama kali dlm sejarah tarawikh, imam menangis. cm teresak2 sikit. Ak pun join menangis skali.. Menangis sbb ak tak dpt nk faham bacaan Quran tu. tak dpt nk faham knapa imam tu menangis. huhuuu.. Semoga terus diberi kekuatan*


Sekian !

Salam Ramadhan !!!!

Tuesday, July 31, 2012

Hari-hari dalam 1/3 Ramadhan

Bismillah..
Assalamualaikum. Apa khabar amal? Makin bertambah ke stagnant tahap tuu?
*taye kat diri sndiri ^.^

Sedar tak sedar dah lepas satu per tiga Ramdhan. Kurang 20 hari lagi ! Sedihh.
Ni semua gara2 eksaited dgr tazkirah. Meh la share sikit..

Scara ringkasnya, ad dua orang lelaki yg meninggal jihad fi sabilillah. Yg lain2 kata untungla dua lelaki ni akan masuk syurga. Rasulullah pun berkata, lelaki A akan masuk syurga dahulu berbanding lelaki B. Sahabat2 pun bertanya, "Mengapa wahai Nabi Allah?" dan Baginda menjawab.. Lelaki A ni masuk syurga dahulu sebab dia lebih tua. Lebih banyak mengharungi Ramdhan.. Dan diangkat oleh Allah masuk ke syurga dahulu...

Sob sob sob.. terharu. Syukur sangat sbb masih dipanjangkan umur jejak lagi utk Ramadhan kali ni.  Ramadhan ni mmg sumber bonus paling lumayan kot. Semua pun double2.. Moga setiap ap yg ak lakukan, Allah kira sbagai amal. Dan segala kekurangan, dosa2 lampau Allah ampunkan. Amin :')

Seronok ber-terawikh di Masjid UIA Gombak ni. Mungkin sbb speaker kot? Eh ! Hehe. Takde la. First. sbb masjid. ley niat iktikaf. Second, imam baca surah panjang2.. Wpun ke-haru-an sbb tak dapat nak ikut bacaan tu, tp mendengar pun dicatatkan pahala kn? Dan speaker dia mmg mantap la. Kuat. Jelas. Tadi, makin kuat.. Tengok2 cm ad speaker baru btol2 kt tengah. Canggih... Nanti tgkap gmbr, I tunjuk ya.. Hehe. Yg best tu, wpun agak terkezzzuttt sbb kuat. tp seolah2 eardrum, hati ni semua kena cuci dgn alunan ayt Quran. terharu ! Tp, klu selalu bahaya la plak. Scientifically, mmbahayakan sikit kot.... Sbb kuat sgt...

Minggu ni minggu terakhir kt Gombak, em. minggu dpn exam, jd tak nak kira. Minggu ni la kemaen byk iftar... Dan insya-Allah, nk join kelas tahsin. wpun sekejap, tp moga manfaat berkekalan. Insya-Allah, nak betul2 manfaatkan minggu ni. Nak lepas rindu abes2 kt masjid tu... Dan mudah2an, jadi rajin lagi nak pergi talk. Hm, bukan faktor jarak yg jd keberatan nak pergi.. Tp slalunya kelas abis kul 5ptg. Talk plak start 5.15-7mlm. Nk rushing solat asar, ti nk berbuka lagi. Beli mknan, bersihkn diri..? Tu yg eden tak bapo nk gemor kalau pergi talk hari selasa rabu ni. huhu..

Exam week takde. Minggu ni still pack dgn kelas. Td baru satu subjek yg abes silibus. Dua tiga hari ni kemain stress lagi. Cmni la, biar ak ngaku je laa. Ak sebenarnya, cuak sgt ! Sbb byk nk kena baca, byk nk kena hafal. Sampai aku tak boleh nk start. Pelik kan? Ya, tau. Ak mmg pelik pun. Org klu byk, lg cepat nk start, tp ak ni makin lambat. dan klu tak gesa, mmg tak start smpai ke sudah.. heee. Alhamdulillah, sebelum ni dah mula study. ptg td dh mula sikit sbnrnya. Tu pun dh puas tdo smpai tak ley nk tdo. Jd stres. nk gi amik wudhuk, nmpk housemate stdy. Saspen2... Jd mula la sikit. Mlm ni plak, mmg letih dh. 11.50mlm naik katil dah nk tdo. tp diorg ni menyembang. sedih :( pastu cover la dgn earfon dgn zikir2.. tak tdo jgak.. smpai 12.40.. Time tu, dh diam sikit. sikit la.. still dgr cter korea sume tuu. dah tak tahan sangat. g toilet, buat air. stdy kul 1 pg tuu. Alhamdulillah, nmpk la sikit hasilnya. hehe.  doakan !!

Esok a.k.a hari ni la. aku kena bg tazkirah dlm kelas. Akceli, volunteer puye pasal. Nervous nak bg tazkirah.. bukan sbb takut dpn org, tp sbb realitinya, kita akan diuji dgn apa yg kita cakap. Takut. Malu. Rasa tak layak.huhu. Takpe laa.. usaha je la. *harap2 tak jadi bg.hehe* walhal prepare kemaen lagi. ntahla, recently ak jd mkin perfectionist kot.. kot laa.... 
Well, tajuk tazkirah Insya-Allah yg bakal ak bg hari ni, 
5 REASONS WHY ITS A BAD IDEA TO WAIT TILL YOURE 60 TO PRACTISE ISLAM..

Em, utk Dr Amir yg jauh kt sana. sori ea. Bukan taknak contact, tp time beta free. tambah tolak dgn masa tuan hmba, tuan hmba sdg tdo ataupun stdy. Takpe eh? Nanti2 klu dh rindu, ym la.hehe. Beta dpt msg tuan hamba.. Teruskan usaha. Kurangkan online. Jgn lupa praktis apa yg patut.

Sekian!!

Salam Ramadhan.
Jom.jom. Pertingkatkan amal ibadah....




Saturday, July 28, 2012

Pesona Inspirasi (!)

Bismillah

Assalamualaikum, apa cer ?
Tengah tengok tv ni. mood tak berapa nak baik, jadi. mintaa maaf kalau post ni sangat kasar dan bersikap sinikal :(

Pesona Inspirasi, Astro Ria, 6.30-7mlm.

Tengoklah weyy. Tapi, aku memang tak berkenan macam ni.
Cerita ni konsep dia bagus tau. Cam gemuk boleh kurus, rambut gugur boleh jadi lebat.
tapi, olahan cerita dia cam tak bagus weyy..

Contoh, yang buat aku rasa cm geram sangat.
Perempuan A ni dulu 66kg.
PAstu dia cerita SUAMI dia tegur dia la, cm perli dia laa. asal awak dah gemuk etc...
After London Weight Management, turun 50kg.
cakap "suami sy makin sayang, bila peluk ckp dah kurus la pe laaa"
dan kt tv ni plak, pakai baju seketat yg boleh nk tunjuk abes la shape bdn tuu 50kg.

Eeeeiiiiiiiiiii. Tu yg geram. Bila gemuk, segan. Bila kurus, kemaen lagi baju semua. shape berbagai. skirt, korset tp pakai inner dan tudung.
Trend sekarang.... !



Narrated Abu Huraira: The Prophet (or 'Abul Qasim) said, "While a man was walking, clad in a two-piece garment and proud of himself with his hair well-combed, suddenly Allah made him sink into the earth and he will go on sinking into it till the Day of Resurrection.  


Astaghfirullah.
Ya Allah, minta dijauhkan drpd perkara2 cmni..

Aku takut tauu tulis2 camni. tegur2 orang. nasihat2 orang. Takut. Gementar.
Sebab kelak, aku akan diuji dgn apa yg aku kata.

Mmg last2 kt cfs tu ak rajin lebih sikit, strugle. dan ak share rahsia2, apa yg aku buat dgn Amir. dgn harapan amir akan dpt manfaat. mudah2an Allah permudahkn dan beri kejayaan sbgaimana ak dulu. tp skang ni, ak pun nak exam. dan bgtau dia rahsia2 tu, ibarat ak sndiri kena uji. ak plak yg TAK practise apa ak slalu buat. Hishhhh..........

"Tapi, takkan la kamu mengatakan kamu adalah orang yang beriman sekiranya tidak diuji "

Ya, niat tulis ni ikhlas.

Satu hari nnti klu after pregnant, gemok gedempol. pastu gi London Weight Management, kurus dan lupa diri. mula tak menutup aurat. Minta dijauhkan drpd aku jadi cmtu.
Dan bila dah berjaya, lupa diri. tak ingat Allah. Minta sgtla dijauhkan.

Allah, lindungi kami drpd kejahatan nafsu kami. AMin.

Selamat berbuka ~!!