Sunday, June 17, 2012

petang rahmat bersama senior~

Bismillah
Assalamualaikum (^^.)

Alhamdulillah.
Mari kita lupakan semalam dan bina bahagia untuk hari esok.

*Terasa nak guna bahasa baku*



Sejujurnya, aku takkan menipu dan menyangkal kebenaran. Hari ini dan semalam bukan antara hari terbaik untukku. tapi Allah tu Maha Mendengar. Syukur kerana pengharapan ku berbalas.
Petang tadi, Allah lembutkan hati untuk mengikuti sesi perjumpaan bersama akak senior.. Walaupun teman sebilik tak dapat ikut sama, mujur dikuatkan jua hati ni untuk pergi. Rupa-rupanya, keluar bilik. Pergi ramai-ramai.

lama takde sesi usrah, tazkirah ringkas macam petang tadi. Agak terharu. bantuan tu tiba bila hati betul dalam keadaan sunyi. syukur sebab Allah ilhamkan untuk pergi. Banyak yang dikongsi oleh tiga akak yang sudi datang dari Kuantan walhal peperiksaan bakal menjelma tidak lama lagi. moga Allah permudahkan urusan mereka.

Hadith Riwayat Muslim ;
Barangsiapa menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, Allah akan menghilangkan daripadanya satu kesusahan di Hari Kiamat.

Subhanallah~


Perkongsian yang banyak membantu. Untuk menghadapi sesi pembelajaran di UIA Kuantan pada bulan 9 kelak, dan juga mengisi kekosongan dalam hati. Seronok~ Rasa cam dalam rahmat Allah. terutama bila diingatkan betapa bertuahnya kita dipilih oleh Allah untuk belajar, dan insya-Allah menyumbangkan sesuatu pada masyarakat nanti.

Akak yang datang tadi terdiri daripada, Kak Sarah (Tahun Akhir), Kak Aimi (Tahun 4) dan Kak Dayah (Tahun 3). Terharu bila mereka masih teringatkan adik junior dan sudi meluangkan masa. Walhal peperiksaan seminggu dua sahaja lagi. Perjalanan entah berapa jam. Kuantan- Gombak. Moga Allah permudahkan.

Paling seronok bila diceritakan tentang hubungan antara doktor dan pesakit. Siap dijemput hadir datang kenduri kahwin la, nak layan pesakit kanak2 la. Macam-macam. tak sabar ! 
Em, takpe. Chill dulu zati~  :)

Okay, bahasa baku yang tak berapa nak baku. Teruk kan? Elok la tu. bebudak UIA memang kena amik subjek Bahasa melayu pun. Tapi dengarnya critical course dikecualikan?
Harap-harap la. *AMIN*
hehe.


Simply stated,  tend to think more with their heart than with pure logic.

.

.


.

.

.


..




.


.


.




.





.












Always remeber to forget the troubles that passed away. But, never forget to remeber, the blessings that come each day! Insya-Allah.





Esok dah mula kelas. Alhamdulillah, satu je. Islamic Worldview by Dr Ahmad latiff. 9.30 am - 12.30 pm 

No comments:

Post a Comment